Archive for December, 2007

Cuti cuti mesia

Tuesday, December 11th, 2007

Last week mmg aku bz sket. Kuarga in law datang bercuti kat sini 5 hari. So, aku bz lah layan tamu…hehee..

Ari khamis, bawak diorang g jalan2. Pagi tu kitorang ke Bukt Kayu Hitam. G kdai duti-free. Macam2 ade kat sane..parfum, pinggan mangkuk casserole, coklat2..

Aku cume memborong coklat jer. Tu pun dah nek juling mata nak pilih. Dulu penah dtg n beli coklat, so kali ni try coklat lain lak. But aku lebih prefer Cadbury. Aku tgk, coklat2 Cadbury kat sini pakaging dier lain..pehtu ade lak beberapa jenis yg xdak kat supermarket biase. Lagi, yg cashewnuts tu…perghh..berlambak kacang dier.Nape ek..hmmm..

Ni lah antara yg aku borong..Sminggu dua ni pening le makan coklat..hehehe..

Image040_1

Balik tu..nyinggah ke Pekan Rabu. takde borong pe pun. just belikan buahtangan  utk parents aku je..

sehari suntuk jalan..huuuu..

Brownies lapis cheese kukus

Sunday, December 9th, 2007

Made this time g umah K Yani aritu..as buah tangan. hehee.. tengokler..betapa cun my brownies posing atas japanese tray..hehehheee…

Image024_2

suke brownies ni pasal moist..pehtu ade cheese kat tengah2

Brownies lapis cheese kukus

Bahan-bahan ( loyang 4segi 10" )

  • *500g campuran brownies kukus (premix)
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g baking powder
  • *5g soda bikarbonat
  • **inti cream cheese**
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur
  • 25ml air
  • nota:premix brownies tu bule cari kat kdai baking supply.kalo tak jumpe,bule gune resepi brownies yg ade….jadik jugee….

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
  2. **untuk inti**
  3. campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
  4. kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
  5. ##cara lapis##
  6. masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
  7. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
  8. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
  9. edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar

New toys

Sunday, December 9th, 2007

Last weekend g umah kak yani kat nibong tebal. Nak amik toys yg dipesan dari japan sebenarnye.It’s my baking toys..not amysar’s..hahahaa…

Jenuh gak nak carik lorong umah k yani. berpusing pusing..mane tak nye, sampai lorong 13..xjumpe lak lorong 14. At last k Yani tunggu kat tepi jln.heheh..lerrr..tersorok rupenye orong tu. aduii..

Berborak2 sakan, sampai xperasan dekat 2 jam aku melepak kat sane.sukeee sangat ngan toys baru nih. comei2 belaka. half dozen of ramekin, 3 japanese trays, choc mould, jelly mould, cookie cutter, sandwich cutter..ngeeee…

Image018_3

tet tenetttt

Image019_2 the goodies =)

Our 2nd Anniversary

Sunday, December 9th, 2007

Today is our 2nd anniversary. Wedding anniversary. Cume dapat buat tiramisu jer..cukup lah tu..hehehh..

Image056_4

Image057_1

Resepi tiramisu ni dari Umi_e MR. tapi disebabkan xjumpe bodouir tu, aku subs jer ngan swiss roll..hehehe..

rasenye dah banyak kali aku wat kek nih..yumm yumm..simple yet delicious..

Tiramisu

Bahan-bahan

  • 2 bungkus swiss roll
  • 250g cream cheese
  • 250g non dairy whipping cream
  • 80g gula
  • satu cawan bancuhan air nescafe (aku gune 3 in 1)
  • serbok koko utk hiasan

Cara-cara

  1. satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
  2. Celupkan kek ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
  3. Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan.
  4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko di atasnya ikut suka.

And while i’m bz decorating my tiramisu..Amsyar’s also bz "decorating" with my baking toys….heheee

Image051