Homemade Ham ayam
Aritu..aku buat Homemade ham ayam nih. Lame dah plan nak buat..baru aritu rajin.hehehhh..
Very easy n simple recipe..yet, very delicious!! Aku dapat resipi ni dari Kak Hani di Myresipi.com. Untuk gambaran lebih jelas..bule refer kat link tu yer.
Aku letak sini resipi tu..just in case, kalo tetibe server myresipi wat hal time aku nak wat Ham nih..ngehngehhh…
Homemade Ham ayam (Ringo@myresipi)
Bahan-bahan ( setongkol )
- 2 keping dada ayam
- *1 s/t garam
- *1 s/t gula
- *1 s/t lada hitam (freshly ground)
- *1 tangkai rosemary (cincang)
- *1 tangkai thyme (leraikan dari tangkal)
**aku guna italian herbs ajer..
Cara-cara
-
buang kulit dan bersihkan ayam.
-
dengan menggunakan pisau , hiris bahagian tengahnye tapi..bukan sampai putus. (Teknik ni namenye ‘Butterfly’, pasal bile dah siap..bukak ayam tu..ia dah mcm bentuk butterfly.)
-
campur semua bahan bertanda * dan lumur pada ayam. ramas2 kan sebentar.
- masukkan kedalam ziploc bag, keluarkan udara dan "seal"kan. perap selama 2 hingga 4 hari didalam peti sejuk.
-
selepas diperap, keluarkan dari peti sejuk. didihkan air secukupnya untuk merebus. sementara itu, lampirkan 2 atau 3 helai plastik wrap. letak daging ayam dengan bahagian berkulit(walaupun dah dibuang kulit) .
-
susun ayam tu bentuk >< dgn bahagian tghnye bertindih sket antara 1 same lain.gulung kemas ayam.
-
balut dengan plastik dan ikat dengan benang .
-
balut lagi dengan aluminium foil.
-
rebus dalam air mendidih selama 15 minit. balik-balikkan. tutup api dan biarkan sejuk dengan sendiri dalam periuk selama 1/2 hari. kalau buat malam, keesokan harinya bolehlah dibuka.
-
hiris dan hidangkan. sedap dimakan bersama sandwich ataupun salad.
Tengah2 daging tu aku letak cheese, ikut mcm kak Za buat..tapi bile dah siap…cheese tinggal sket. yg lain dah cair laa…ahahah….
Si Amsyar Danish kemain sukeeee lg bile aku buatkan die sandwich nih..yummyummm